Selasa, 15 Jun 2010

GH @ KG JANGSAK





Kumpulan Seni Warisan Gulintangan telah dijemput dan berpeluang sekali lagi untuk membuat persembahan bagi majlis perkahwinan yang berlangsung kelmarin pagi iaitu pada 06/06/2010 bertempat di kg. Jangsak. Di ucapkan ribuan Terima Kasih kepada pihak ahli keluarga pengantin yang telah berkesudian menjemput kami bagi menambah serikan lagi majlis yang telah belangsung pada hari tersebut. Dan kami iaitu kumpulan Seni Warisan Gulintangan turut mendoakan agar kedua mempelai akan sentiasa berkekalan hingga ke akhir hayat, bahagia ke anak cucu dan semoga sentiasa di dalam lindungan Allah S.W.T. Amin.

GH @ MUARA PORT





kami telah di jemput untuk bermain gulintangan di perlabuhan muara bagi menyambut kedatangan para-para pelancong dari luar negri. memang terasa lelah kerana terpaksa bangun awal pagi, namun kelelahan itu dapat di atasi dengan keasyikan bermain gulintangan.