Selasa, 1 Februari 2011

harap maklum

kami memohon maaf kerana tidak berpeluang untuk mengemaskinikan blog kami, memendangkan banyak tugasan dan komitmen lain yang perlu dikendalikan. jadi di harap kepada semua pembaca dapat mengambil maklum atas ketidak puasan abiskita. sekian harap maklum.

Khamis, 9 September 2010

Selamat Hari Raya AidilFitri


Assalamualaikum, sungguh tidak terasa akan berlalunya ramadhan, Kini Syawal telah menjelang, Kami dari Seni Warisan Gulintangan ingin memohon ampun kepada semua terhadap silap ataupun terkasar bahasa sebelum, semasa mahupun selepas persembahan biskami kepada anda semua...

sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin dari kami.... =)

Ahad, 22 Ogos 2010

SUNGKAI @ ILOTUS (21/08/2010)

Di bulan suci ramadhan ini, Seni Warisan Gulintangan telah mengadakan majlis sungkai bersama ahli-ahli SWG di iLotus semalam(21/08/2010), ini adalah bertujuan untuk menghargai dan mengenangkan segala jasa dan titik peluh yang telah di sumbangkan oleh setiap ahli SWG dan sambil-sambil itu juga ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim. Dan mudah-mudahan ahli kumpulan Seni Warisan Gulintangan akan di perpanjangkan umurnya, sentiasa maju dan sentiasa bersatu hati sesama sendiri..amin..

SELAMAT MENYAMBUT BULAN AL-MUBARAK



Memang cukup memuaskan..


selepas berbuka puasa

apa biskita kidum-kidum kan atu ah??

Inda saya tau lagi mana anak cina dan mana anak melayu ni..hahahaha


Lihatlah kehebatan kuasa magik chef-chef panggang ini, lauk yang sedikit diambil, dtg nya melutak..FUYYYOOOO...

jangan amalkan sikap membazir.. BANAR..






Isnin, 9 Ogos 2010


MARHABAN YA RAMADHAN.. KAMI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA, SEMOGA AMALAN KITA YANG KITA KERJAKAN DI BULAN AL-MUBARAK INI AKAN DILIPAT GANDAKAN DAN DI TERIMA OLEH ALLAH S.W.T. DAN KAMI DI SINI INGIN MEMOHON AMPUN JIKA SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN ATAU KESALAHAN YANG TELAH KAMI LAKUKAN TANPA KAMI SEDARI, KERANA KAMI JUGA ADALAH HAMBA ALLAH YANG PALING LEMAH DI SISI-NYA. SEKIAN ASSALAMUALAIKUM..

Ahad, 8 Ogos 2010

GH @ KG MENTIRI

bergambar bersama tuan rumah

keriangan pihak keluarga pengantin sedang asyik berpoco-poco sedang kami memainkan lagu nya.

terukir senyuman daripada wajah tiara setelah lama tidak beraksi

selamat pengantin baru


senyuman di awal-awal pagi GH.


Pada pagi 8hb Ogos 2010, Seni Warisan Gulintangan telah beraksi mempersembahkan muzik traditional gulintangan yang telah berlangsung di Kg. Mentiri. Seni Warisan Gulintangan juga turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan ribuan Terima Kasih kepada kedua mempelai dan pihak keluarga mempelai di atas kesudian menjemput kami bagi menambah serikan lagi majlis yang telah belangsung pada hari tersebut. Dan kami turut mendoakan agar kedua mempelai akan sentiasa berkekalan hingga ke akhir hayat, bahagia ke anak cucu dan semoga sentiasa di dalam lindungan Allah S.W.T. Amin.

MAJLIS BERAMBIL-AMBILAN MUNIRAH & WAFI @ ASMA HOTEL

selamat pengantin baru


Sesi SWG bergambar ramai bersama kedua mempelai







Kali ini Seni Warisan Gulintangan telah dijemput sekali lagi untuk membuat persembahan bagi majlis berambil-ambilan bagi pasangan mempelai munirah & wafi yang acaranya mengambil tempat di Asma Hotel. sekali lagi kami mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada kedua mempelai dan pihak keluarga pengantin yang telah berkesudian menjemput kami bagi menambah serikan lagi majlis yang telah belangsung pada hari jumaat malam 06/08/2010. Dan kami turut mendoakan agar kedua mempelai akan sentiasa berkekalan hingga ke akhir hayat, bahagia ke anak cucu dan semoga sentiasa di dalam lindungan Allah S.W.T. Amin. Terimalah pantun dari SWG:

KALAU ADA SUMUR DI LADANG,
BOLEH KITA TUMPANG MANDI,
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG,
BOLEH KITA BERSUA LAGI.

sekian daripada kami salam SWG..

MAJLIS PERSANDINGAN MUNIRAH & WAFI @ KG JERUDONG

Oleh kerana terlalu asyik bermain muzik, salah seorang pemain SWG..


..berubah wujud menjadi begini. HAHAHA

kemesraan para-para pemain SWG

selamat pengantin baru






Seni Warisan Gulintangan telah membuat persembahan bagi majlis perkahwinan di antara Munirah & Wafi yang telah berlangsung pada sebelah petang hari jumaat 06/08/2010 bertempat di kg jerudong. Seni Warisan Gulintangan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan ribuan Terima Kasih kepada kedua mempelai dan pihak keluarga mempelai yang telah berkesudian menjemput kami bagi menambah serikan lagi majlis yang telah belangsung pada hari tersebut. Dan kami turut mendoakan agar kedua mempelai akan sentiasa berkekalan hingga ke akhir hayat, bahagia ke anak cucu dan semoga sentiasa di dalam lindungan Allah S.W.T. Amin.